Monday, March 31, 2008

AF6 Kembali Lagi..


Mungkin agak terlewat sket bg saya membicarakan ttg rancangan reality no 1 negara; AKADEMI FANTASIA..yg kini telahpun mula memasuki minggu ketiga…Melalui pengamatan saya pada 2 konsert yg telah berlalu..dapat disimpulkan pd dua perkataan iaitu “biasa saja”…didapati Pelajar AF6 kurang menyengat dan seperti tidak ada seri atau aura yg mampu menghidupkan AF…hendak dikatakan salah pengacara…rasanya..tidak jugak…kerana AC Mizal telah pun mengacarakannya dgn sebaik mungkin mengikut caranya sendiri….lbh baik berbanding konsert pertama dia mana AC kelihatan terlalu “control macho”….tetapi konsert kedua..AC dilihat sudah mendapat rentaknya..Cuma disaat mengumumkan pelajar yg tersingkir…AC masih sedikit kekok…suasana agak membosankan…kerana AC belum Berjaya mewujudkan elemen saspen,sedih dsbnya…tapi tidak mengapa…mungkin sedikit masa lagi perlu diberikan pd AC Mizal..

So berbalik kepada pemilihan pelajarnya pula..rata-rata siapa yg mengikuti rancangan ini..telah pun tahu siapakah mereka 14 pelajar AF untuk musim ke 6 ini.(dipilih atas dasar apa tidak dpt dipastikan kerana tak nampak kualiti apa yg ada pd mereka setakat ini…semua tahap teruk dan biasa-biasa sahaja)…dan setakat ini..2 pelajar telahpun tersingkir(yana dan ika)..manakala yg masih kekal adalah...(alif,nubhan,stanly,naim,toi,riz,faisal,mama rina,stacy,lufya,saida,nadia)…dalam ramai-ramai pelajar ni…pelajar yg menjadi pelajar kegemaran( riz,nubhan,saida dan nadia)….
Riz- for me he got`s a nice voice..suara dia sedap…ada pakej lah..kira hensem lah jgk mamat ni..if bdn dia tak semakin naik ler…huhu…so dia kenalah jaga pemakanan dia…lagipun selalu dgr citer negative about him..but..i don`t care…




Nubhan – Budak cute yg nmpk seperti pemalu, suka tgk bila dia tersenyum..but minat bkn hanya kerana dia cute..tp..dia ada suara yg sedap..suara serak-serak basah..hope he can get through to final..hope so..




Saida- Entah knp..bole suka sgt tgk muka dia yg comel…walaupun dah beranak 4..tp..masih cun dan bergetah…even saya tak minat dgn adiknya(ct nurhaliza)…tapi ntah knp saida ni mmg menarik perhatian..gaya dia yg pemalu..kdg2 nampak seksi bila dia sebut “ok la tu..” honestly..saya ni jarang minat or suka tgk artis perempuan…but with saida..i don`t know why..i like her and suka sgt tgk dia…so cute…vocal dia pun boleh tahan…tapi still tak bole lwn adik dia…Cuma…suara dia agak sedap jgk utk didgr dan bole dijual..




Nadia – Bdk kecik yg mcm tomboy ni..hehe…kdg-kdg nmpk cantik..tp kdg2 nampak selekeh dan serabut…saya suka suara dia yg lantang…no doubt…but sometimes she`s over confident with her voices makes her over react…tak berapa suka penampilan dan gaya dia yg nmpk kasar…hope she can do some makeover with her style and appearance…kalaulah dia semanja saida….rsnya…mesti cantik dan cute….ditambah dgn vocal dia yg agak power tu..

Anyway,kalau ditanya tentang pelajar yg tidak digemari pula…ada 3 org sahaja…seorang..dahpun terkeluar..manakala 2 orang lagik masih berada di dalam AF…nak tahu sape?? Hehe..jawapannya Ika Naim dan Mama Rina….sememangnya saya tak berapa berkenan pd si Ika since tirai lagi..dunno how she bole terpilih..agaknya para juri time tu tgh tertido or terlepas pandang…dia mmg langsung takleh nyanyi…kalau nyanyi karaoke sekalipun..dia hanya boleh menyebabkan telinga pendengar rs berdesing sakit, bernanah dan berdarah…haha!! Really suka now she`s not in akademi anymore...


Dan 2nd person yg sy tak berapa gemar is Naim..mamat poyoz ni…nmpk lembik…dan syok sendiri…nyanyian dia pun tahap-tahap nyanyi kat karaoke or bilik mandi…(bak kata ogy..) kdg2 kelihatan seperti perasan bagus..walhal nyanyi pun tak semenggah…suka sgt nyanyi dangdut…baik gi carik job kat kelab dangdut….lastly, 3rd is Mama Rina…emm…saya tidak mengemari dia kerana byk sbb…1st sbb background dia…u all already know who she is…then for me…even dia berbakat sekalipun..this show not suitable for woman aged like her…but mesti ada yg kata..tak salah dia nak mencuba nasib dgn bakat yg ada…yesss mmg tak salah…tp…berdasarkan tingkah laku dia yg agak memualkan dlm diari..amatlah menjengkelkan…pls la…u old already..tak elok dan buruk sgt..bile org tgk…yg tua masih nak tergedik2..tergelek2 kat tv tu..huh….sakit mata tau…




Apapun…masing-masing ada pilihan pelajar kegemaran memasing….citarasa setiap org kan berbeza…Cuma..rasanya..AF6 ni…dah tak segah AF2 dan AF3…hanya hadiahnya saja yg semakin lumayan saban tahun..tapi kualiti pelajar kurang…dan sudahnya bila AF tamat..masing-masing sepi dr dunia hiburan.. Jika ditanya, AF musim keberapa yg menjadi pilihan..AF3 tetap menjadi yg terbaik….mungkin adanya magic mawi di situ…harapnya..juara AF6 ni..biarlah pd yg betul2 layak…(walaupun x nmpk sape yg layak menang sbnrnya..) dan kehadiran mereka dlm dunia hiburan takkan sepi begitu sahaja….hanya dipenuhi gossip dan kisah panas….










ABPBH2007




Semalam bersamaan 30 Mac 2008 telah berlangsung Anugerah Bintang Popular 2007 di Arena Of Star,Genting Highland..walaupun hanya menonton dari kaca tv sahaja…tapi saya tetap setia menonton hingga ke penghujung..Cuma..rsnya abp kali ini…agak over dgn kehadiran 2 pengacara yg “gedik” tak sesuai dengan usia…mungkin nak menampilkan kelainan….tapi rsnya tak sesuai….persembahan artis2 pd mlm itu juga..pd tahap biasa-biasa saahaja..takde satu persembahan pun yg melekat kuat atau boleh membuat saya berkata wow!! Semuanya dia setakat bolelah…Cuma diwaktu persembahan mawi dan heliza…kelihatan agak pelik penampilan Heliza….entah siapa yg merekakan pakaian itu utk heliza…kasihan Heliza….sudahlah pemilihan gabungan warna seakan ada yg tak kena..ditambah pula dgn topi di atas kepala….




Seterusnya sedikit hampa+meluat dgn persembahan ratu rock Negara..sape lagi kalau bukan Ella….agak janggal dan menyedihkan..mendendangkan lagu kepadamu kekasih..bersama Amy,Hattan,Ramli Sarip dan Awie…Ella dilihat seolah-olah merosakkan mood dan tak sensitive pd lagu…sia2 saja empat jejaka itu menghayati dengan penuh kesyahduan setiap bait-bait dan melodi lagu tersebut..malangnya..Ella menyanyikan dengan cara yg agak sedikit tergedik dan terkinja..apakah ella tak memahami maksud disebalik lagu itu???? Rasanya Ella bkn bdk kecil yg tak bole nak faham apa yg dinyanyikan dan disampaikan..entahlah Ella..pls be more sensitive after this…



Apapun…Seperti semua telah sedia maklum…sekali lagi Mawi telah menjulang trofi Bintang Paling Popular buat kali ketiga berturut-turut(dah rezeki dia..)dan juga Anugerah Penyanyi Lelaki Paling Popular so pd yg dengki tu..terima je lah KENYATAAN yg rezeki berpihak pd Mawi mlm tu….jgn ler masih nak mempertikaikan kemenangan dia..biarler banyak mana pun kete dia menang,byk mana pun brg kemas dia menang…dah itu dinamakan rezeki dia..so..kenapa masih ada suara-suara sumbang yg hendak menidakkan kemenangan dia…
Bagi aku..Mawi tu boleh digelar “bdk magic”…bkn sbb dia pandai bermagic skrg….tapi disebabkan keajaiban yg berlaku dlm hidup dia…bayangkan..dari seorang bdk kampung..anak FELDA…yg mungkin tak pernah bermimpi utk mengecapi apa yg dirasainya skrg..tapi dgn kuasa Allah..segalanya berubah dlm sekelip mata…dari bdk kg yg hanya bermotosikal kapcai(motor pun dibelikan oleh abg iparnya)…tp skrg…berderet kereta menjadi miliknya…dari rumah kampung yg serba sederhana..berubah menjadi banglo yg cukup selesa….mungkin dulu pakaian mawi hanya tshirt lusuh..seluar lusuh dan kasut yg koyak..tp kini….mawi mampu memiliki apa saja barangan peribadi yg harganya ratusan,ribuan,malahan puluhan ribu ringgit….begitulah kurniaan rezeki yg Allah berikan…



Jika dulu, mungkin satu Malaysia pun…tidak mampu mawi jelajahi…tapi kini…hampir segenap pelusuk dunia dapat diterokai….Itulah balasan yg tuhan berikan pd seorang anak yg taat pd ibubapa…mementingkan keluarga .dan sblm ni..seperti yg kita maklum..terlalu byk tohmahan..cacian yg dilemparkan pd mawi dan keluarga..tp..berkat kesabaran…lihatlah balasan yg tuhan berikan..disebalik musibah…ada hikmah dan kurniaan yg diberikanNya…kita sebagai hamba Allah…perlu melihat dan mengambil iktibar dari kisah mawi ini…bukannya hanya tahu nak berdengki atau menidakkan rezeki yg dilimpahkan kepada Mawi..



Seharusnya ia dipandang dr sudut positif, di mana..sesuatu tu tak mustahil terjadi…jika tuhan mengizinkannya…dan org yg kita pandang hina selama ini…tak mustahil..nasibnya berubah..atas kehendak Allah….Sememangnya saya tak pernah mengenali mawi secara peribadi..bersua secara berdepan pun tidak pernah…tp sebagai peminat setia yg meminati dia sejak dari AF3 lagi…sehingga kini..saya tetap mengagumi jejaka ini…walau byk tohmahan yg dilemparkan dan pelbagai kontroversi yg tercetus…bg saya..mawi merupakan satu keajaiban yg berlaku dlm sejuta didunia ini….Harapnya…Allah sentiasa melindungi Mawi…dr segala hasad dengki, tohmahan dan fitnah..semoga Mawi tidak lupa diri dan terhanyut dlm kemewahan yg dikurnia oleh-Nya…amin…



So berbalik pd ABPBH2007…Rata-rata keputusan yg diumumkan….seperti dpt diduga…ada nama-nama besar yg masih mempertahankan kemenangan seperti Aznil,,Rosyam Nor,Siti Nurhaliza,Sheila Rusly..dan ada juga muka-muka baru..yg menyinar..apapun..tahniah kepada semua pemenang….itu rezeki masing-masing..jgnlah kita hendak menidakkan keputusan yg telah termaktub..lainkali kalau nak artis kesayangan korang menang..rajin2lah beli paper….dan pangkah ler artis pilihan korang…

Friday, March 28, 2008

Wahai Wanita


Wahai wanita

Kau adalah ciptaan terindah Ilahi..

Tempat mu seharusnya di sisi suami yg dikasihi

Namun, lantaran nafsu yang menguasai diri..

Mengapa kau sanggup biar diri diperalat insan bergelar lelaki?

Mengapa sanggup biar diri diperlaku sesuka hati??

Kerana sepi??? Kerana sunyi???

Kembali lah ke alam realiti..

Bukannya terusan dalam fantasi…

Itu semua cetusan syaitan,yg sentiasa membisik kejahatan dlm diri

Wahai wanita

Sedarlah diri, jgn biarkan diri

Terusan dibinasa oleh insan bergelar lelaki

Keseronokan hanya seketika

Jangan nanti…Tika tersedar dari angan..

Barulah nak sedari…kau tak punyai apa lagi…

Wahai wanita

Belum terlambat utk kau sedari

Belum terlewat utk kau menginsafi

Jgn sampai ajal dtg menjemput…baru kau nak menyedari

Tika itu..segala dah tak berguna lagi..

Keseronokan dah tak bererti lagi..

Tanggunglah diri..azab yang tak terperi..

Dimamah api neraka yg sakit tak terperi..

Wahai wanita…

Sedarlah…Insafilah diri…

Keseronokan hanya seketika…Bangkitlah…

Jgn biarkan diri jadi mangsa lelaki…

Lantaran nafsu yg menguasai diri…

Insaflah…tika ada sikit lagi masa yg diberi…



*nukilan rasa- 27/06/07ini sebenarnya cetusan rasa yg saya lahir dr diri sendiri yg saya coretkan pd tarikh tersebut....semoga jd peringatan buat semua dan juga diri saya sendiri...

Me@Cameron Highland













Sedar tak sedar dah seminggu rupanya kenangan aku di Cameron Highland berlalu…Sempena cuti sambutan Maulidur Rasul yg lalu…dari 19 mac hingga 21 Mac 2008…aku bersama family ( my parents+ my bro+ sis in law) sempat berkunjung dan menghabiskan waktu cuti di Cameron selama 3 hari 2 mlm…Hmmm ini kunjungan kedua saya di Cameron after berbelas tahun yg lalu…and for me…cameron ni..satu tempat yg boleh dikatakan tenang le…sesuai ler utk org yg nak carik ketenangan or sesaper yg nak honeymoon….kira mmg suitable sesgt…Cuma perjalanan nak sampai ke atas tu..cukup menyeksakan..dgn jalan yg berpusing2….berselekoh tajam..sempit dan bergaung..cukup ngeri..rsnya..tak mungkin aku akan pandu sendri utk naik ke Cameron…tidak lerr…



Hmm..so bila sebut psl Cameron highland…interest places kat sana..mestilah berkaitan dgn strawberry, the,cactus n ros…so jenuh jgk ler..pergi ladang strawberry..mendaki ladang teh…(perghh..rs x cukup nafas…), melawat ladang cactus dan bunga ros…lawat ladang madu lebah dan mcm2 lagiklah…kira penat lah jgk kaki ni dan rs lenguh2 mcm nak tercabut lutut dibuatnya….


Sblm ni…selalu sgt dgr andaian org..kononnya buah strawberry hanya manis bila di atas n akan bertukar masam bila kite turun ke bawah…..tetapi hakikatnya..andaian tu..teramat lah tidak betul sama sekali…sbbnya….kat atas pun mmg masam jgk…huhuhu..dan ada jgk yg masam-masam manis…bila di bawah turun ke bwh…still rs tak berubah….so…kepada sape2 yg buat teori ntah apa2 tu….sile lah perbetulkan semula kenyataan tuh yek…lainler kalau beli bunga n sayuran..yg tuh mmglah confirm akan layu bile turun bwh sbb cuaca…



Then pd hari kitaorg tiba tu..kebetulan kat sana mmg tgh musim hujan…so..dpt ler merasa suasana sejuk kat sana..menggigil ler jgk…wpun pakai sweater(nasib baik sempat beli sweater)..air paip dia pun..sejuk mcm ais..so..nak mandi..kena guna heater…tp…bila dh masuk hari ketiga kat situ…cuaca pun dh kurang sejuk..dan mandi pun..selamba jek mandi air sejuk..heheh
Ada beberapa perkara yg tak seronok kat Cameron…sbb ssh nak jumpa tempat makan..bkn xde..Cuma tak byk pilihan….adalah beberapa tpt jek..itupun ramai org dan makanan cepat habis…rsnya…kat sana kena tambah kan lagik lah tempat2 makan melayu…ini tidak..yg byknya kedai makan India dan Cina jek..



So pd hari jumaat tuh…lepas berjln2…tibalah masanya utk balik ke KL…malang sket hari tu…sbb pagi tu..dpt makan roti telur jek..sbb makanan lain dh abis…then tghari tu..lps berjln2…kitaorg lbt sket le nak mkn tghari..then bila gi kedai makan..lauk semua dh abis..perghh..terpaksa lah menahan lapar….perut dh mula terasa kosong dan masuk angin..then..kena plak melalui perjalanan yg memningkan dan memualkan..yelah..jln bengkang bengkok…dok pusing2…akhirnya….akibat perut kosong dan kepala pening..aku termuntah beberapa kali…huhuhu..sadis tul rs…nasib baik ada plastic…rsnya..pasni serik kot nak gi cameron lagik…sbb jlnnya..cukup utk buat org pening kepala n loya…tunggu lah if ada cabel car ke..hehe


Akhirnya, lps muntah2 dan melalui perjalanan yg cukup menyeksakan bg aku..akhirnya kitaorg selamat sampai di bwh dan terus kitaorg berhenti rehat dan makan kat hentian Tapah…huuuu..lega rasa…tapi.. sepjg di cameron tu...byk ler jugak duit abis dok beli memcm..beli baju la..buah strawberry la…sounvenir utk kawan2 la…teh la…bunga la…tapi..x salah pun berbelanja..sbb 5 tahun sekali pun..blm ttu akan dtg situ lagik… huhuhu..
So…lepas 3 hari 2 mlm..aku pun pulang ke KL..dan meneruskan kehidupan seperti biasa…..pergi kerja..lalu kesesakan jln…cuaca panas….dan mcm2 lagik…emmmm…tak sabar nak tggu peluang bercuti lagik…..heheh


SALAM


Salam semua...buat sesiapa yg sudi menyinggah dan membaca segala isi kandungan dlm blog ni...Buat permulaan ni...terimalah dulu..ucapan salam buat semua..InsyaAllah..bila ada kelapangan..saya akan mula berbicara ttg apa saja dlm blog ni...semoga saya dpt berkongsi luahan mahupun apa jua idea dengan pengunjung yg sudi berkunjung ke blog ini....



Sebenarnya tujuan saya mewujudkan blog ni adalah sebagai medan bagi saya mencurah rasa tentang apa jua perkara...bagi saya melalui penulisan juga..kita mampu utk release tension sbb kita bebas meluahkan apa jua yg kita rasa...tak kisah ler samada org boleh terima atau tidak..yang penting...saya puas dan sebenarnya saya ni mmg suka menulis atau mengarang...kononnya hendak mngikut jejak langkah abg saya..(seorang penulis skrip dan novel) rasa kagum jgk tgk dia mampu menghasilkan byk novel-novel menarik....mana tahu satu hari nanti..saya boleh mengikut jejak langkah dia....hehe..!! Amin...


Apa-apapun,Setakat ni dulu catatan@coretan saya buat masa ini...InsyaAllah akan menyusul lagi coretan lain selepas ini...salamzzz...