Friday, May 30, 2008

Allah Itu Maha Adil..Setiap Perbuatan Ada Balasannya…

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah,Maha Mengasihani lagi Maha Penyayang…sedar tak kita semua..bahawa kehidupan didunia ini hanya sementara…satu masa nanti kita semua akan kembali jua kepada Yang Maha Pencipta…ke alam yang lebih kekal…syurga atau neraka….Dimana tempat kita??, semuanya bergantung pd amalan didunia ini..Iya..amalan didunia menentukan nasib kita di sana…

Dunia penuh dengan pancaroba,penuh dengan keindahan yang adakalanya melekakan dan membutakan mata kita,sehingga kita tersesat jauh dari landasannya…tersasar jauh dari jln Allah...kita selalunya hanya akan tersedar bila Allah menurunkan musibah pd diri kita..itu lumrah manusia…selagi tidak ditimpa kesakitan atau musibah…selalunya Allah dilupakan…namun bila ditimpa bencana…barulah kita kembali mencariNya..begitulah perangai manusia..namun..Allah itu Maha Pengasih,Maha Pengampun..dan tak pernah menganiaya hambaNya….hanya kita yg sering menganiaya diri sendiri….

Setiap perbuatan kita didunia ini,walau sebesar zarah sekalipun…ada balasannya…jgnlah menidakkan kesalahan kita…jgnlah beranggapan Allah tidak tahu perbuatan kita…Allah takkan membalas perbuatan kita…itu semua bisikan syaitan yang membisikkan kejahatan dlm diri manusia…setiap inci apa yg kita lakukan pun Allah itu Maha mengetahui kerana Allah sentiasa dekat dgn kita…hatta lebih dekat dari salur pembuluh darah kita…Maka, beringatlah kita sentiasa….jgnlah melakukan kejahatan…kerana balasan itu pasti ada….buat baik dibalas baik..buat jahat dibalas jahat..tak kiralah niat kita baik sekalipun..kerana matlamat tak menghalalkan cara…yang haram tetap haram dan akan dilaknat Allah..dan bila Allah laknat..pastinya hidup kita tidak berada dlm redhanya…Tetapi sebagai hamba yg masih diberi peluang bernafas dimukabumi ini..masih tidak terlambat utk kita bertaubat dan memohon keampunan Allah..tak perlu kita menunggu sehingga datangnya pembalasan kepada kita…kerana kita sendiri tak tahu..masih ada ruang kah buat kita saat tibanya hari pembalasan itu…???

Marilah kita sama-sama bermuhasabah diri…pastinya setiap kita tak lepas dari melakukan dosa, dari sekecil-kecil dosa mahupun yg sebesar-besarnya seperti berzina,mengamalkan sihir,menganiaya hidup insan lain dan sebagainya….Sedarlah…amalan sihir itu tindakan menyekutukan Allah…astagfirullahalazim…Hairannya..di zaman moden ini,masih ada insan mengamalkan sihir dengan tujuan supaya org jatuh kasih..supaya pihak lain teraniaya,supaya impiannya terlaksana…tapi persoalannya…bahagiakah kita atas kedukaan org lain…kesusahan org lain….Ya, sudah pastinya Allah itu maha Berkuasa…dengan kuasanya..dia mengizinkan setiap perkara samada sihir atau apa jua perbuatan kita menganiaya hidup seseorang…tapi…adakah keizinanNya itu..bermakna Dia menyokong tindakan kita?? TIDAK sama sekali bukan..keizinanNya bersebab…dan jgn dilupakan setiap kejahatan akan ada balasanNya…jgn diingat kejahatan itu akan terlepas begitu sahaja….

Sebagai hambanya,marilah kita kembali kepada ajarannya..sedarlah..sesungguhnya..menyakiti hati insan lain pun dikira berdosa…apatah lagi…kita sengaja menyakiti dan menganiaya org itu dengan sengaja…mmg hati kita puas….tapi..jgn dilupa balasan Allah pd kita…hari ini..kita pasti berasa senang hati..puas.gembira..bahagia..atas “kemenangan” seketika..tapi…sentiasalah beringat balasan Allah TETAP ADA!! BALASAN ITU PASTI!!

Buat semua….insafilah diri sebelum terlambat…janganlah kita menganiaya sesama insan tak kiralah dengan apa cara sekalipun….kerana apa saja perbuatan yg menyakiti hati atau diri seseorang itu jua satu penganiayaan…dan jgnlah juga kita menganiaya diri sendiri dengan melanggar laranganNya..kerana balasan Allah itu amat perit dan pedih….

Wednesday, May 28, 2008

Terima Kasih Tuhan

Masa berlalu dgn pantas, tak tersedar bulan May dah hampir ke penghujungnya….disaat-saat May melabuhkan tirai bagi tahun 2008 ni…aku terpaksa melalui satu dugaan yg maha hebat dlm hidup aku…cukup hebat…hingga aku terasa betapa kerdilnya diri aku di muka bumi ini…sebelum ni..aku mmg pernah terjatuh…tetapi dugaan kali ini…teramat hebat hinggakan aku rasa jatuh tersungkur menyembah bumi….hanya sedikit sisa-sisa kekuatan yg tinggal untuk membantu aku agar bangun semula….meneruskan perjalanan hidup ini…

Ya Allah.

Biarpun aku kini diuji,dgn dugaan yg cukup berat untuk aku tanggung…namun aku mengharapkan agar aku diberikan kekuatan olehMu Ya Allah….Cekalkan hati aku menghadapi semua kekalutan ini….Biarlah masa yang mengubat segala kelukaan ini…Mungkin ini balasan atas kelekaan aku selama ini….

Ya Allah

Terima kasih kerana memberi kesedaran kepada aku…memberi peluang kepada aku untuk memohon keampunan atas segala kesilapan dan dosa yang telah aku lakukan..Syukur Alhamdulillah kerana apa yg berlaku kepada aku kini, biarpun cukup perit..tetapi benar2 mengajar aku..apa itu erti keinsafan….Jika, tidak..pastinya aku akan lebih terhanyut dgn arus dunia yg melekakan aku….

Syukur Alhamdulillah….padaMu Ya Allah..biarpun dugaan ini teramatlah perit…terasakan seperti batu menghempas di kepala….tapi…ianya telah memberi kesedaran…terima kasih Tuhan..atas kesedaran serta rasa keinsafan yg telah kau berikan…Aku mengharapkan untuk menjadi hambaMu yg jauh lebih baik dari sblm ni…Aku berazam memperbaiki diri...serta berusaha menghindari dari perkara laranganMu…

Ya Allah…

Semoga Kau mengampuni segala dosaku…berilah aku kekuatan menghadapi semua ini..dan tak terputus dari RahmatMu…Ya Allah

Tuesday, May 27, 2008

PAIN,FRUSTRATED,REGRET......

Buat masa ni....saya takkan meng up date apa2 post kat dlm ni....really sick...depressed...pain...it`s really hurt....berada dlm tekanan yg maha hebat...juz wish that i will survive....

Thursday, May 22, 2008

GEMPAR!!!

:hi:Hari ni 22 May 2008….patutnya hari gaji…yer..:argh:hari gaji bagi warga gomen….!!! Tapi…..sampai skg nih gaji blm masuk2 lagik…adehh!!! Ape nih..!!:galit: jgn ler nak wat lawak april fool…skg bkn bulan april tau..!! :inis:adoi laaa….diriku begitu terdesak dan mendesak memerlukan wang…huwaaa….:tsk:.tempoh bayaran kad kredit dah lewat berhari2 dah nih..aiyak..!! :ayokona:hari ini dlm sejarah…1st time gaji lewat masuk…..huhuhu!! menci!:waaah:! Menci!!:waaah: Menci!! :waaah:Adakah aku terkena sumpahan.:ha?:.oh tidak:puppyeyes:…menci tul la…:scream:setiap kali aku terfikir sesuatu perkara…:argh:kalau yg buruk tuh..:sigh:mesti akan jd kenyataan..isk..isk…::(
Alkisahnya camnih,@garu di pagi hari ni..sambil memandu…:antok:terlintas difikiran aku…:ha?: “ untung jugak keje gomen, sbb gaji sentiasa masuk on time…setakat nih tak penah lewat walau sehari…:woooh:” TAPI!!:puppyeyes: Oh no…hari nih….tup3x gaji tak masuk…:sigh:.bengong tul….nape pengguna maybank gaji tak masuk…::(sengal tul lah..:siga:bank lain masuk plak gajinya….tension!:galit:! tension!!:galit: Aku nak bayo bil ni weh…!! Jgn ler buat lawak bodo di siang hari nih….:ayokona:
Gewamnye..:sobrakana:gewamnyee…:sobrakana:..grrrrrrrrr…:scream:

Tuesday, May 20, 2008

Menjelang Konsert Akhir AF6

Hari sabtu lepas,17 May 2008..kite semua dah pun mengetahui senarai pelajar yg berjaya melangkah ke peringkat akhir bagi Akademi Fantasia Musim Ke- 6..kali ni..seramai 5 pelajar akan beraksi di peringkat akhir yg bakal diadakan di Stadium Putra,Bukit Jalil..Pelajar-pelajar bertuah yang akan bertarung di pentas final adalah Stacy,Riz,Nubhan,Toi dan Nadia(nama aku tulis based on tahap kesukaan aku pd pelajar yg terpilih)..Sebahagian besar yang terpilih mmg menepati ramalan awal aku….:bm:(stacy,riz,nubhan dan nadia..)

Mengimbau semula konsert penentuan pelajar yg bakal beraksi di final…disini aku nak comment pasal persembahan pelajar2 pd mlm tersebut..dimulakan dengan…pilihan pertama saya..iaitu

STACY…

Gadis kecik molek dr sabah ni, masa permulaan AF6..aku tak gemar dgn stacy nih..bg aku..dia seorang yg kelihatan agak gedik dgn keletah dia yg kuat melatah…kdg2 nmpk mcm dibuat2 plak..utk tarik perhatian..tapi..lama kelamaan…bila aku dah biasa layan diari dan tgk persembahan dia setiap minggu dlm konsert AF…aku rasa..dia nih..WOW!! mmg hebat…setiap persembahan dia mmg menghiburkan dan tak pernah menjemukan atau membosankan….suara dia mmg sedap…tambahan plak..dialah satu-satunya student yg konsisten dr awal minggu konsert hingga konsert penentuan ke peringkat akhir…bagilah lagu apa sahaja..dia tak pernah mengecewakan..dan dia mmg berbakat besar…disebabkan itu..aku amat berharap agar stacy menjadi juara kali ini…coz she`s really deserved to win this competition…you go girl…Malam tu, stacy mmg best serta gaya persembahan dia cukup memukau..dgn gerak tari dia….perghhh…even pronounciation dia tak begitu jelas utk lagu “beat it” tapi….for me…dia best mlm tu…lagu bonus plak..mmg best gilak..time dia berduet dgn nubhan…stacy mmg pandai berlakon dan buat ekspresi muka….really love both of them singing lagu “ada cinta” so touching…isk..isk..::(

RIZ

This handsome guy(among student lain..dia lah paling ensem..) :eheh:mmg aku dh pilih dr awal…sbb suara dia nih sedap…Cuma..attitude dia jer..adakalanya kurang menyenangkan…:bm:but this is singing competition..not a attitude competition….tapi…sebagai bakal artis…hope so dia boleh bentuk attitude yg baik….lagu yg dinyanyikan mlm tu.. “ rock around the clock” haila…nape lah riz bole dpt lagu nih….huhuh..mungkinkah pengetua sengaja nak menduga kemampuan riz…sian jugak kat dia..coz 2 minggu berturut2 dpt lagu bkn makanan dia….2 minggu berturut persembahan Riz agak down…tapi takpe..i know riz punya bakat dan suara yg sedap….lagu duet dgn nadia…”endless love” bagi aku kurang rasa dan kurang romantic…tak tau mana silapnya….apapun hope riz akan dpt jd naib juara AF6 ni…

NUBHAN

Nubhan ni plak, cute bdknya…:inlove:dia pun antara pelajar pilihan aku dr awal permulaan AF musim ni…Bagi aku, nubhan ni ada suara yg sedap….serak2 basah+lunak(belum ada penyanyi lelaki kat Negara ni yg ada suara mcm nubhan)..tapi sayangnya..nubhan masih tak mampu nak gunakan kelebihan yg dia ada…3 bulan masih tak cukup utk membentuk nubhan jd seorang penyanyi mahupun penghibur yg baik…masih lagi kedengaran suara angsa dan cunggap nubhan semasa konsert…:ahaha:tapi takpe…bila dh kuar nnt..kalau buat album…benda2 tu bole diubah atau diselindung…Mlm tu, nubhan nyanyikan lagu, “bukan aku” nyanyian kumpulan kerispatih….bagi aku..penyampaian dia mlm tu..sedikit sampai dan sedikit tak sampai…baru nak rasa feel..dh kuar suara angsa dia….nasib baik dia dpt selamatkan keadaan sbb lps ter”angsa” tu..nubhan terus dpt mengawal dan meneruskan penyampaian lagu tu dgn lbh baik….Cuma…yg kurangnya psl nubhan ni…dia balik2 akan beraksi dgn gaya,lenggok,gerak bdn yg sama..dr awal minggu sampailah nak masuk peringkat final…hmmm…..dah mmg takleh buang kot gaya dia…apapun…masih byk nubhan kena improve utk jd penyanyi..bercakap ttg lagu duet dia dgn stacy…nubhan patut rasa bernasib baik..coz bergabung suara dgn stacy..yg mmg power….@musikso….tak nmpk sgt kecacatan dlm persembahan duet dia dgn stacy tuh….anyway, for final..aku meletakkan nubhan di tempat ketiga…

TOI

Hah!! Yer..yer…arrr jek…hehe!! Mamat PLU nih (pelajar lanjut usia) tak sangka dia bole masuk final sbnrnya…sbbnya ramai yg mengharapkan agar dia terkeluar…dr minggu ke minggu..org dok sebut nama dia jek…tapi..dh rezeki dia..akhirnya dia sampai jugak ke final…hmmm…actually, aku rasa simpati plak dgn mamat nih…sbbnya ramai sgt yg menghina dan mengutuk dia…walhal..dia tak tahu ape2 pun…dia terpilih pun sbb judge dh pilih dia utk jd pelajar AF..so..salah dia ke? Bila dia masih kekal dlm AF?? Kalau tak kerana ada yg mengundi dia…bole ke dia kekal?? So..salah dia ke bila org undi dia utk kekal dlm AF??:siga: ATAS sbb2 tu lah aku kian rs simpati plak pd si Toi nih…lagipun..pd aku..nyanyian dia taklah seteruk naib juara af musim keempat…:sigh:dan sabtu lepas..aku rasa…itu the best performance dia setakat nih…lagu seri yg disampaikan…rsnya not bad…dan dia pun dh tjk sedikit improvement…:bm:rsnya dia mampu buat buat lebih baik dr tu…lagipun..penyanyi2 yg sedia ada kat msia skg ni pun..bknnya semua bole nyanyi live dgn baik…so pd sesaper yg anti toi tuh..terima jeklah hakikat..bahawa..Allah telah mengizinkan Toi utk terus berada dlm AF sampai final…dah rezeki dia….buat Toi…biarlah ape org nak kata…setiap org ada kelebihan memasing….aku letakkan Toi ditangga keempat….

NADIA..

Si genit bersuara lantang nih…@perempuanhmm..pd awalnya aku suka jgk dgn bdk nih..tp lama kelamaan aku rasa rimas plak dgn gaya nyanyian dia..:inis:aku pun tak tahu kenapa…dan pd pandangan aku…dh mula nmpk sifat2 kegedikan bdk nih…mcm besar kepala pun ada jugak…ntah le….ada masalah attitude mcm riz jgk bdk nih…apapun..bkn setakat attitude jek,tp aku dh kurang gemar dgn nyanyian dia..bg aku…dia nyanyi terlalu over…kadang2 sebutan tak betul..seolah2 dia menggumam setiap perkataan yg dia sebut..ntah ler..aku tak tau nak describe mcmana….bukan aku nak kata sore dia tak sedap…diakui..suara nadia mmg sedap dan lantang..tp maybe kurang lenggok dan dia byk menjerit dlm nyanyian dia@bising…itu yg buat aku dgr tak berapa best kot…last Saturday, dia nyanyi lagu “ lelaki buaya darat” tp..ntah..aku rasa tak terhibur pun..dunno why…ntah ler..buat nadia..aku letakkan dia di tangga keempat or maybe kelima…sori…:sorry:

Anyway, diatas tu Cuma pandangan peribadi aku jek..mintak maaf kalau ada yg tersinggung dan saya tak berniat nak menyinggung mana2 pihak..Cuma..konsert final kali nih..aku hanya menonton diumah…ntah kenapa aku tak seghairah dulu dgn AF ni…kalau dulu..sanggup jek aku gi bukit jalil tuh coz nak tgk bebudak AF..tp dis year..ntah le..kureng jek..apepun aku harap..biarlah sang juara nnt mmg layak bergelar juara..bkn ape..hadiah tu agak lumayan..unfair plak kalau diberi pd insan yg tak sepatutnya.....

CUTI LAGIE....

Yezzaaa…@sengihnampakgigi.cuti lagi…seronot..seronot…@startapi tak berapa seronot@senam lah coz pasni xde dah cuti yg bersambung dgn weekend lagik..(dah survey tgk cuti kat calendar@gigil)huhuhu..!! Actually, kalau ikut perancangan awal…my cousin from Singapore nak dtg msia sempena cuti hari Wesak (19 May)..so..kononnya aku dh apply cuti lah 2 hari utk bawak dowang jenjln kat KL..tp last minute dowang postpone plak tarikh dtg ke sini coz ada hal yg tak dpt dielakkan…@nangisso..aku pun cancel lah cuti..@gigildan semua plan yg dh dirancang…tak menjadi…@saditulah yg dikatakan manusia hanya merancang tapi tuhan yg menentukan…so…sempena cuti panjang 3 hari…aku mmg xde plan..:snow29:dan dlm kepala dok fikir nak memerap jek kat umah..sambil menambahkan lagik lemak di badan…kwang3x…@jelir.tapii….tup3x….pada 16 May 2008 tuh..bersamaan hari sabtu……jeng..jeng..jeng..sebelum tuh..aku nak citer kronologi dr hari jumaat..jom..layaaannnn…zaaassss….@gatau


16 May 2008(Jumaat)

Yer hari nih hari Jumaat..dan hari ni hari bekerja…saja nak story sket peristiwa hari Jumaat…pagi Jumaat tuh..aku gi keje cam biasa…(dgn penuh kemalasan..hik3x) tengahari tuh…dekat2 nak time rehat…(hari Jumaat rehat pjg sket dan awal dr biasa…12.15 dh rehat…) aku gi teman sowang member gi balai…bukan@takbole nak buat report polis or ikat jamin sesaper tau…tapi nak amik resit pembayaran saman….bukan aku punya@takbole..tapi kawan aku..dan time ni lah baru kitaorg sedar..@gigilkitaorg telah ditipu hidup2 oleh polis yg sungguh kurang asam tuh..huhuh…@marah(malas nak citer kat sini…)tapi xpelah wahai encik polis…ingatlah2 sket..tak baik aniaya org tau….@ketuknnt jawab ler sendri perbuatan yg dah dilakukan tuh kat akhirat….@kejuthuhuhu.. pastu tghari tuh….perut pun dh lapo…no idea nak makan ape..coz busan dgn menu yg sama…tgh lapar2 tuh..tetiba terasa nak makan chicken chop plak…@gatai.(aiii..beso selera..walaupun dh ujung2 bulan ni…dan dah kering poket…) demi nak memenuhi selera..aku dgn kawan aku..gi ler beli chic chop kat presint 8…sib baik kedai tuh bukak..(kalau tak..kempunan nak mkn..huhu…) lps order…kitaorg tpaksa tunggu hampir sejam kat situ….:snow39:sbbnya..aku tgk tukang masak tuh…mcm malas2 jek nak masak…slow motion jek wat keje..pdhal order dia nak kena masak agak byk jugak….huhuhu…pewot tgh lapo…:snow08:hari tgh panas terik….terpaksa ku tahan@busuk demi nak makan chic chop tuh…dekat nak sejam tggu..aku pun gi kat kaunter..abg tuh mintak maaf @lovesbb kitoarg tpakse tggu lama….katanya…pembantu dia blom sampai lagi..so dia yg kena wat keje tuh semua..sbb tu lambat…aku pun kononnya kata takpe…@senyumkenyit(padahal dlm hati dh panas…hehe….tapi demi chic chop..tak mengapa..) dalam kul 1.45tghari camtuh…kitaorg sampai kat opis n makan kat opis…sib baik masakan brader tuh agak sedap jugak ler…@lapar(tak sure makanan tuh sedap..or sbb aku yg dh lapo tahap cipan..hik3..mmg dh ketar tangan sbb lapo…)so tanpa byk cakap..aku pun ngabiskan ler chicken chop yg ader…lupe plak nk cakap..chic chop tuh harganya RM8…tp ayam @ayamnya kecik jek..iskk..kentangnya pun sket jek…(xpelah..bole diet…huk huk huk..!! diet kunun…) takpela….janji Alhamdulillah kenyang dan sedap…..kira worth jugak ler….@senyum.oklah tu jek nak citer sbnrnya utk hr jumaat nih…hik3x…

17 May 2008(Sabtu)

Yer hari ni hari sabtu,so as usual hari sabtu aku akan bangun lewat sket dr kebiasaan…@ngantukhehe..dlm kul 9 lebih baru aku bangun…huhu!! Bangun2 jek gi basuh muka,gosok gigi dan buat ape yg patut…@sinchanthen aku dok lepak sambil baca paper:snow33:…tiba-tiba…dpt call dr abg aku…memula igtkan nape jugak ler pepagi dh call adik dia nih….@soalrupanya dia nak ajak gi Nilai…disebabkan aku takde sebarang aktiviti pd hari tu…so akupun bersetuju nak itut..nak itut…hik3x….aku njih mmg suka berjalan sebenarnya…..@nggayawalaupun poket dh kering….tak kira….nak jgk itut….:ayokona:so…lps dpt call tu..aku terus bfast..mandi2 dan bersiap utk ke umah abg aku kat Puchong…dan dr Puchong kitaowang(aku,my mum,my big bro n my sis in law) terus ke Nilai...sblm tuh..saja ronda2 tgk kawasan perumahan kat situ dulu….then sampai kat tpt penjualan kat Nilai tu dekat nak kul 3 ptg…pewot pun dh terasa lapo…so kitaowang makan ler dulu….(makan dulu…baru ada tenaga nak berjln2)…sambil makan..kitaowang terpksa dgr nyanyian karaoke yg amat nyakitkan tinge….kebetulan kat tpt makan tuh..ada plak ruang utk org berkaraoke..satu lagu RM2…Pergghh…terseksa jiwa dan raga…bole migrain dibuatnya….Time makan tuh….ada plak mamat depan aku…bila aku tgk..muka dia ensem jugak ler….ala2 rosyam nor version muda…mmg sejibik lah muka rosyam nor…tp mude….aku dok usha jugak…(dia nmpk aku usha dia..huhu..mesti dia naik peghasan kan…elo brader..wa pandang lu sbb muka lu cam rosyam..tuh jek..ahaks)sweet jek dia punya senyuman…tp..ehem..ehem..ade awek ler kat sebelah dia…so sbb aku tanak dia makin peghasan..so aku teruskan makan…abis makan….bermulalah aktiviti utk soping…tp sblm tuh….time nak kuar dr tempat makan tuh…nyaris2 aku jatuh tau…huh!!! Sbbnya..aku dh terpijak sisa limau kat atas lantai…hampeh tul..!! saperlah yg kuang asam boi tuh..gi buang sisa tuh merata2..Alhamdulillah aku tak jatuh tau..sib baik masih dpt balance bdn…huhu..kalau tak..malu+sakit…ler jwbnya…

Oklah…pastu..kitaowang jln2..my sis nih nk dok beli karpet sbnrnya…so dr satu kedai ke satu kedai kitaowang dok masuk..demi mencarik karpet…jln punya jln….mmglah ada karpet yg cantik…tp harganya..perghh..mahal beb..!!tak mampu nak beli…last2..sampailah kat satu kedai nih…dan jumpe lah satu karpet yg agak cantik dan lembut..(kira jatuh mmg tak luka lah)..coz karpet lain2 tuh kesat dan kasar serta jenis berabuk…kalau jatuh mmg bole luka lutut…lps tawar menawar….dptlah karpet tuh dgn hrga RM40…kira murah le tuhso kitaowang beli 2….satu aku beli..satu akak ipar aku beli..(confius kan…sbnrnya akak ipar aku yg nak beriya nak beli karpet..tp aku pun tetiba beli jugak..isk..) so selesai urusan beli karpet…kitaowang ronda2 plak utk carik baju…even byk jual kain ela kat situ..tp..satu pun aku tak beli..tak tau le nape..maybe sbb sopping time tgh kering kot..tuh sbb nafsu membeli tak beso sgt…dah penat berjln..last2 masuk satu kedai nih…dok usha baju..ada yg cantik.tapi saiz nya beso plak..kuciwa..kuciwa..last2..aku paw abg aku suh bayarkan baju tido..hik3xx..baju tido pun..bj tido lah..janji ada something jgk dibeli…dh jln jauh2 takkan x beli pape kan…memula igt nak kuar dh dr kedai tuh…tp tetiba akak ipr aku bkenan plak kat satu baju….baju ala2 baby doll blaus tuh… bercorak bunga2 kecik…..memula aku cakap tak cantik..sbb sekali pandang..mmg aku tgk tak brp cantik..pastu kan…bila dia sua kat bdn dia…..eh..aku tgk..cantik ler plak….hik3x..kebetulan ada tggl lagi sehelai bj ..corak bunganya kaler purple+biru turqoise(mmg my fav kaler..) so aku dgn muka ala malu2….(yelah memula kata tk cantik..hik3x…) terus sambo baju tuh..heheh..yg bestnya..sbb abg aku yg bayarkan baju tuh….heheh..tenkiu so much my bro…lap u…(ini yg best bila jln dgn dowang..sbb selalu dpt paw abg ku itu..hik2x..) lps beli baju…kitaowang terus balik..sbb dh tak larat nak jln2…dgn cuaca panas….:sweaty:(muka pun jd sedikit gelap…kena sunburn..iskk..sob..sob.:tsk:.) lagipun..semua mission dtg situ..dh pun accomplish….tapi..sblm balik..kitaowang sempat singgah kat gerai jual buah2an kat tepi jln tuh..berderet2 yg jual..sampai tak tahu nk singgah kat yg mana satu..:ha?:last2…benti kat satu gerai nih..brader tuh baik jugak ler orgnye..dia bg rasa setiap buah yg dia jual…sib baik ada 3 jenis jek…(dokong,wambutan dan manggis..) kalau byk jenis..hik3…dan kitaowang pun beli lah setiap jenis tu sekilo…nyum3x..tedap..tedap..sbb semuaa buah tuh..mmg my faveret…

Jln punya jln….tak sedar rupanya jam dh kul 7 lbh….huhu…sebelum balik umah abg aku kat Puchong..kitaowang singgah beli makanan dulu….lapo jugak…penat pun penat..kaki lenguh2 jugak byk berjln…mlm tuh…kitaowang mkn Mc`d..dan as usual menu biasa aku kat Mc`d ialah…burger mc chicken….nyum3…(makin debab ler aku jdnya…)..lps tu…kitowang sewa cd utk ditonton..lps abis konsert AF….CITER “POCONG 2” heheh..walaupun dh basi citer tuh..tapi kitaowang baru nak tgk..hik3x….sbbnya aku kalau tgk citer antu nih..tgk reramai tak takut…sbb tu ler..time2 tgh beramai2 nih le masanya utk layan..citer2 gini…

Lps beli mknn dan sewa cd…kitaowang terus bergegas balik….sbb tggl 15 min jek lagik konsert AF6 nk start..huhu…dgn terkocoh2 nya…sampai2 aku terus mandi….pastu..kitaowang makan sambil layan konsert AF6…(nnt lah dlm post lain aku akn bg comment ttg konsert AF6 tuh…)lps abis konsert kul 11 mlm..kitaowang layan lah cd citer “pocong 2”…sampai dkt nak kul 2 pagi..barulah aku tido mlm tuh….best jugak ler layan citer tuh….walaupun ada beberapa part yg aku kurang paham…so far..oklah tuh…(meminjam kata2 saida…)


18 May 2008 (Ahad)

Hari ni hari ahad…pagi nih aku bangun kul 8.45 pagi..ngantuk masih bersisa…tp kena bangun jugak..coz aku nak kena balik Gombak pagi tu..celik mata…tgk akak ipar aku tgh sibuk kat dapo..sediakan sarapan…(sungguh ler baik dan rajin akak iparku..) untung dpt akak ipar camtuh..dia jek tak untung sbb dpt adik ipar cam aku nih..hik3x…lps sarapan pagi tu..aku terus mandi dan bersiap utk balik Gombak…kena balik cepat..sbbnya hari ni..kena attend kenduri kawen anak jiran aku..kat Gombak…aku gerak balik umah dlm kul 11.05pagi..dan sampai kat umah dlm kul 12 lebih…balik jek umah…terus bersiap dan carik2 baju nak dipakai utk gi kenduri…hmm…naik pening dok pilih nak pakai baju ape…:ha?:(bukan sbb xde baju..tp sbb pening tak tau nak pilih baju mana satu coz byk sgt baju..kwang3x…:ahaha:) last2 aku pilih baju kebaya plain kaler purple…baju nih aku baru pakai sekali jek…waktu abg aku menikah last year….sekali bila pakai..terasa ngeri plak…bkn ape….tetiba baju tuh rs ketat plak…owh no….tidakk!!!!! adakah baju tuh mengecut..atau aku yg semakin mengembang..huwaaa….:waaah:.aku dh temok..!!! eee…temok…berbandfing laz year..huwaaa…:scream:..gewam nya dgn diri sendri….tu arr..makan tido agi.:sleep:.kan dh temok..huhuhu..sedey arrrr…tp takpe..takdelah smpai takleh nk pakai baju tuh..still bole pakai…Cuma agak ketat berbanding sblm nih….dan takleh mkn byk time pakai bj tuh..takut silap haribulan…terbukak plak butang dia…huhuhu..!! dlm kul 140..aku pun dah ready nak gi kenduwi…:ahaha:lambat giler aku bersiap..sampai abg aku dh bising…bersiap bkn main lame…mcm aku plak nak kawen….hik3x…:blush:

Sesampai nya kat dewan tuh…tak jauh sgt pun dr umah aku dewan tuh…huhu..aku tgk….pengantin tgh berarak..tema dowang kaler purple…I lyke….:please:selalu camtuh tau..kalau aku gi kenduri kawen..gerenti aku punya baju akan sama dgn tema baju n pelamin pengantin…sungguh coincident..tapi..gewam plak tgk baju pengantin pompuan tuh..kaler purple..cantiknyeee…..pelamin purple..bunga telur purple…alas meja purple..sampai air pun kaler purple…beshnyeerr….teruja sekejap diriku inih…yer arrr..purple tuh kan one of my faveret kaler okeh…(kalo aku kawen..nak jek aku buat tema gitu….tapi…angan2 jek…huhuhuhu...takde saper pun nk tawen dgn aku..isk..sob3x::() abis jek makan2…minum2 lepak2..sembang2….kitaowang one family pun alik umah….lps balik solat zohor jap….pastu….(aku+2 owang abg aku n akak ipar) dok main satu permainan yg dah agak lamer tak main…yer…main KAROM!! Riuh jugak ler..even yg main tu hanya kami berempat…sewonok…walaupun aku tak terel..ahaks…bukannya membantu kemenangan…tapi membantu kekalahan aderlah…sbbnya..aku asyik secara tak sengaja..termasukkan yg kaler merah tuh dlm lobang..huhu..dan asyik termasukkan benda alah ape tuh..aiseh..tak tau ler namanya….yg digunakan utk tembak yg lenlain tuh….hah..benda tuh arr asyik masuk lobang….tapi..akhirnya..berkat tereran dan kesabaran abg aku..akhirnya kitaowang Berjaya ngalahkan group abg aku+akak ipar ku..hahahhahahahahhahah!!!! syoknyeeerrr…sedar tak sedar dh kul 5.00 lbh rupanya…..lps solat asar…rehat jap..ptg tuh..pastu kitaowang sambung lagik permainan……kali nih main UNO plak…heheh..syok beb..mmg riuh rendah jadinya…..berapa round ntah kitaowang main…yg bestnyeee…aku dpt jd juara 2 kali, naib juara 2 kali dan kalah 3 kali…sob..sob…tapi takpeee..best giler……sbb dh lama tak main dan dpt berkumpul camtuh…sonot..sonot…semua jd cam bebudak balik..ahaks….benti jap utk mkn mlm…(makan lauk kenduri siang td…jiran bagi ade lebih le tuh..) hmmm..tedap..!!(makan lagik..memlm plak tuh…isk…temok!!temok!!) pastu sambung lagi layan UNO..sambil layan UNO..kitaowang layan GANSTARZZ…hmm..aku suka group D`RAS je..yg lelain..bg aku hampeh jek….tapi napelah juri dok puji jugak..heran bin ajaib aku rase….lantak ler….not so interested…..hmmm…..mlm tuh layan UNO sampai kul 11 mlm…abg aku pun balik lps tuh…hmmm..sunyi balik umah aku..isk..isk…lps solat isyak…aku pun tido..sbb bdn pun rasa agak letih…Zzzzzz..

19 May 2008(Isnin)

Hari ni hari Isnin, cuti hari wesak…aku bangun lewat..kul 10 lebih..ahaks….ngantuk dan penat dgn aktiviti 2 hari sblm nih…hari nih..xde ape2 aktiviti pun…aku mls nak kuar..kalau nak ikutkan….akak ipr ada ajak dtg umah puchong mandi kat swimming pool..tapi aku rs letih plak nak drive gi umah jauh2 tuh…so aku juz terperap kat umah..dan dok iron baju utk seminggu bekerja…dgn penuh kemalasan aku iron baju..then pewot lapo..aku masak magi plak..utk lunch..nyam..nyam..tedapnye makan magi kari…slurrppp2x bunyiknye..heheh…lps tuh..aktiviti melepak lagik….lps solat zohor..mate rasa agak ngantuk…dan aku pun tido…sampai asar..hik3x…bengun2 jek..terus solat asar dan..bawak mak aku serta temankan mak aku gi pasaraya tak jauh dr umah…(ini mmg rutin tetiap minggu) pewot lapo…coz tghari td mkn magi jek..hajat dihati..nak makan ayam goreng mc`d..tapi tgk duit dlm purse..isk..isk.,tak cukup plak....huwaaa…(kan dah kontang..sementara tggu gaji..) so terbatal lah hasrat murni tuh…beli roti buku jek…bali umah..terus goreng telur hancur..then makan dgn roti..ngap….tedap jugak..masakan sendri..hik3x…(hari2 makan loti lo….rs bdn pun dh kembang mcm ibu roti..huh!!!)mlm tu..lps abah aku alik keje..aku pun paw dia suh dia belikan yong tau fu kat paso mlm….nyam3..tedapnyee…hehehe….lps abis tgk diari AF….aku terus masuk bilik…melepak baca paper dan magazine….pastu..dlm kul 11.00 mlm aku Zzzzzzz…dibuai mimpi……:sleep:

Itulah saja story aku utk cuti kali nih….xde yg spesel pun..Cuma rasa sonok coz..cuti kali nih..dpt berkumpul dgn family..dan dpt bermain mcm masa bebudak dulu…..hhmm…..rindunye zaman kanak2 dulu…