Wednesday, May 28, 2008

Terima Kasih Tuhan

Masa berlalu dgn pantas, tak tersedar bulan May dah hampir ke penghujungnya….disaat-saat May melabuhkan tirai bagi tahun 2008 ni…aku terpaksa melalui satu dugaan yg maha hebat dlm hidup aku…cukup hebat…hingga aku terasa betapa kerdilnya diri aku di muka bumi ini…sebelum ni..aku mmg pernah terjatuh…tetapi dugaan kali ini…teramat hebat hinggakan aku rasa jatuh tersungkur menyembah bumi….hanya sedikit sisa-sisa kekuatan yg tinggal untuk membantu aku agar bangun semula….meneruskan perjalanan hidup ini…

Ya Allah.

Biarpun aku kini diuji,dgn dugaan yg cukup berat untuk aku tanggung…namun aku mengharapkan agar aku diberikan kekuatan olehMu Ya Allah….Cekalkan hati aku menghadapi semua kekalutan ini….Biarlah masa yang mengubat segala kelukaan ini…Mungkin ini balasan atas kelekaan aku selama ini….

Ya Allah

Terima kasih kerana memberi kesedaran kepada aku…memberi peluang kepada aku untuk memohon keampunan atas segala kesilapan dan dosa yang telah aku lakukan..Syukur Alhamdulillah kerana apa yg berlaku kepada aku kini, biarpun cukup perit..tetapi benar2 mengajar aku..apa itu erti keinsafan….Jika, tidak..pastinya aku akan lebih terhanyut dgn arus dunia yg melekakan aku….

Syukur Alhamdulillah….padaMu Ya Allah..biarpun dugaan ini teramatlah perit…terasakan seperti batu menghempas di kepala….tapi…ianya telah memberi kesedaran…terima kasih Tuhan..atas kesedaran serta rasa keinsafan yg telah kau berikan…Aku mengharapkan untuk menjadi hambaMu yg jauh lebih baik dari sblm ni…Aku berazam memperbaiki diri...serta berusaha menghindari dari perkara laranganMu…

Ya Allah…

Semoga Kau mengampuni segala dosaku…berilah aku kekuatan menghadapi semua ini..dan tak terputus dari RahmatMu…Ya Allah

0 comments: