Thursday, June 5, 2008

Kisah Kasih Seorang Pelacur Mencari Cinta

Maria menyedari selama ini dia tidak pernah memperoleh cinta sejati dari seorang lelaki. Semua lelaki yang pernah tidur dengannya tidak sungguh mencintainya. Mereka hanya hendak memuaskan nafsu berahinya pada Maria. Namun,semenjak pertemuan dengan seorang lelaki yang berjaya mencuri hatinya,membuat kan maria terbuka matanya,serta menyedari kehinaan hidupnya dan ingin bertaubat. Barulah dirinya mengenali apa itu cinta, satu perasaan yang membuatkan manusia ingin hidup seratus tahun lamanya…Cinta adalah sumber tenaga manusia..

Dari pertemuan pertama maria dengan lelaki itu,maria sudah merasakan getaran cinta..Apatah lagi sang lelaki seolah memberi petanda Maria tidak bertepuk sebelah tangan…Maria dilayan penuh kasih..Ada kemesraan antara mereka,ada keserasian yang tercipta,ada kerinduan yang membara….maria begitu yakin..itulah cinta….

Namun, malang berlaku tidak dipinta,cinta yang tumbuh dan semakin mekar rupanya dusta…hatinya hancur luluh bila mengetahui bahawa si lelaki tidak pernah mencintainya sepenuh hati,hanya dirinya yang merasakan cinta..tetapi tidak bagi si lelaki…apalah ertinya selama ini….terasa keperitan yang tidak terperi dalam diri maria,bila mana kasih yang diharapkan dan dapat dirasakan selama ini palsu belaka…terpana maria seketika, baru dirinya tersedar..adakah ini balasan tuhan kepadanya….

Dengan rasa lemah dan longlai seluruh tubuhnya,maria terpaksa akur…andai pengakuan lelaki itu benar.. “aku tidak pernah mencintaimu”.. “aku hanya berdusta kepada dirimu”… “aku hanya inginkan teman disaat itu”.. “aku tak pernah memberi harapan kepadamu”… “aku sama seperti pelanggan mu yg lain”.. “ untuk apa aku mencintaimu andai bukan ku seorang yg menjamah tubuhmu”… “aku bukanlah lelaki pertama yang menyentuhmu” hancur berkecai hati kecil maria, rasa bagai direjam lembing yang tajam…sakitnya menusuk ke setiap urat saraf dan sendi…terasa bagaikan nafasnya terhenti seketika kerana dadanya terasa sesak dan sebak yg bersangatan….seluruh kekuatan hidupnya terasa bagaikan dibawa pergi angin lalu…terasakan dirinya lemah terkulai…

Terasa ingin dia menjerit,meraung,menangis melepas segala keluhan dan kesakitan yg bersarang dlm jiwa… “ iya..sungguhpun aku pelacur….aku jua punya hati dan perasaan…aku jua punya hak untuk dicinta dan mencinta..jgn kerana aku pelacur aku diperlaku sedemikian rupa…walau aku pelacur..aku punya rasa cinta..dan insan yang kucinta adalah kamu….” Menjerit lagi hati kecil Maria “Jika aku tak kau cinta, mengapa seawal pertemuan kita, dari sinar matamu,aku dapat merasakan kehadiran cinta? Mata tidak pandai berbohong”.. “ bagaimana saat bersamamu,aku dapat merasakan getaran cinta?” “mengapa saat bersamamu kurasakan seolah diriku dicinta..” “tika kau kucup bibirku,mengapa hati bergetar perasaan cinta?” “dari senyum..lirikan mata..gerak geri tubuhmu..semuanya dpt kurasakan kehadiran cinta…”.. “setiap masa kau sebut kata rindu kepadaku” “adakah itu juga bukan bermakna cinta?”

Ya,mungkin aku tidak layak memiliki cintamu kerana aku seorang pelacur,aku sedar diri ini penuh kehinaan..Ya, kau memang layak memperlakukan aku sebegitu,kau sememangnya tidak bersalah dan berdosa kerana mengambil kesempatan kepada diriku..sememangnya aku layak dilayan sebegitu…Entah mengapa, saat bersamamu..aku terlupa bahawa diriku ini seorang pelacur yang hina.Mungkin,kerana aku ini masih seorang wanita,dan aku memiliki kerinduan terhadap cinta yang sejati, yang selama ini tidak didapatkan dalam hidupku. Cinta yang mencintaiku bukan hanya kerana fizikal, tapi secara keseluruhan…

Aku ingin kau tahu, bahawa saat bersamamu..aku tidak pernah memikirkan tentang lelaki lain,saat bersamamu aku telah pun bertekad untuk meninggalkan dunia penuh noda dan dosa ini..Selama ini,maria sering mengharapkan kehadiran lelaki yang mampu membawanya keluar dari kancah dosa…bersama lelaki itu,dirasakan dirinya telah menemui jalan keluar…tapi harapannya nyata sia-sia…Tiada lagi teman yang bisa menemaninya dikala sunyi….sementelah,kerana terlalu yakin dengan cinta yg ditemuinya..Maria telahpun lama berusaha meninggalkan dunia pelacuran..setiap pelanggannya dipandang sepi….tapi kebahagiaan yang diimpi tidak menjadi realiti dan kini..akhirnya hidup maria kembali sepi dan sunyi..betapa sunyinya maria merasakan tak tergambar dengan kata-kata….tiada wang ringgit..malahan harta didunia yang dapat menggantikan kesunyian dan kesepiannya…..kesunyian yang bisa membunuhnya…

Maria masih mengharap kasih dari lelaki yang dicinta…biar sampai ke nafas terakhirnya…Namun begitu,adakalanya, bisikan syaitan mula menjelma..menghasut maria kembali ke dunia lama…sekuat dan selama mana mampu dipertahankannya..Maria tidak pasti..kerana semangatnya jua telah lama dibawa pergi…kini tinggallah Maria merintih sedih dalam kesepian yang tidak bertepi…

“Kasih itu sabar, kasih itu murah hati, ia tidak memegahkan diri;
Ia tidak sombong, Cinta itu tidak mencari keuntungan sendiri,
Ia tidak pemarah,dan tidak menyimpan kesalahan orang lain.
Ia tidak bersukacita kerana ketidakadilan,
Tapi kerana kebenaran.
Cinta itu mencukupi segala sesuatu,
Percaya segala sesuatu,
Mengharapkan segala sesuatu,
Sabar menanggung segala sesuatu.
Kasih itu tidak berkesudahan...
Kejarlah kasih itu...”


**hasil nukilan saya sendiri...**

1 comments:

Anonymous said...

huhu cedihnya.....citer betui ker tipu nih...byk2 la bersabar ek...