Monday, April 21, 2008

CONGKAK OH CONGKAK


Hmm…kali ni aku nak bercerita ttg cerita melayu yg baru jek aku tgk kat wayang…cerita seram yang bertajuk CONGKAK..bg aku..publisiti yg meluas ttg filem ni…telah menyebabkan aku rasa tertarik nak menontonnya..(walaupun aku nih penakut orgnya…) aku membayangkan satu cerita yg hebat dan menakutkan..mana taknya siap ada nota peringatan tu..dinasihatkan kpd penghidap sakit jantung dan ibu-ibu mengandung supaya tak menonton filem ni…(perghh…itu antara sbb yg buat aku bygkan filem ni..tahap seram gile…) so…dgn sedikit keberanian…..aku pun gi le tgk citer ni kat Alamanda.. ..masuk panggung.citer pun start…..

Ceritanya bermula apabila Kazman serta isterinya Sufiah mengambil keputusan bercuti bersama dua anaknya, Lisa dan Ely di sebuah banglo di tepi tasik…(kira mcm back to nature la nih…)Kazman beli banglo tu coz dia dah berjanji dengan seorang kawannya untuk membeli banglo tersebut sebagai tpt persinggahan semasa bercuti…(lagipun kazman kata saja nak bg anak dia rs kehidupan cara kampong) then, on the way nak ke situ…adalah beberapa peristiwa pelik berlaku…( sufiah alami mimpi yg seram.mimpi apa..korang tgk le sendri..) sehinggalah dorang ni sampai kat satu simpang….samada nak ke kiri atau ke kanan…kazman tak pasti jln yg betul..yerlah..baru first time dtg tpt tu…so..masa dorang stop kat simpang tu..anak dia si lisa tu..dh start kena kaco…huhu!!

Then oleh kerana dah tak tau nak ikut mana, coz dia nak call kawan dia pun..kat situ takde coverage da…(org kuning tak sampai kat situ lagik..hehe) maka,dia pun jln ikut sukalah…sampai ler dia terjumpe sorang makcik…tgh terlentok kat pondok…(pondok stesen bas kot…) tp aku pun agak confius nih..samada pelakon tu lelaki ke pompuan ek???(sbbnya dia ada mcm misai2 sket…hmm..ntah le…maybe bulu roma halus kot…ntahh…abaikan jek laa..) si kazman Tanya arah kat makcik nih…so dia pun bg ler arahan….(pdhal sbnrnya..makcik nih hantu..huhu!!)

Setibanya mereka di banglo tersebut, peristiwa yang semakin pelik turut terjadi. Sufiah cuba meyakinkan dan pujuk Kazman untuk keluar dari rumah tersebut tetapi tidak diendahkan. Kazman tetap berkeras untuk tggl coz dia dh beli rumah tu( beli pun melalui seorang kwn) dan tu baru 1st time dia jejakkan kaki kat umah tu..lps setahun dia beli umah tu… Masa dorang sampai2 tu…sementara nk tggu anak nya si Lisa gi toilet kat dlm umah tu..si Sufiah pun tdgr punya org main congkak dr salah satu bilik kat umah tu…sejak itulah..si sufiah ni..jd takut dan selalu diganggu dgn bunyi tu…time ni..adalah jugak peristiwa yg berlaku tu…hanya mimpi si sufiah…(yg herannya…camne lah ms pagi tu..dorang semua bangun sarapan..elok jek makanan semua dh ada…masa bila yek dorang beli semua tuh…dlm fridge pun byk makanan…huhuh!!! )

Then bermula dr keesokkan harinya tu..byklah benda2 pelik berlaku…Sufiah ni lah yg selalu kena kaco…pastu Salah seorang anak dorang, si Lisa setiap malam akan turun ke sebuah bilik gelap untuk bermain congkak dengan seseorang yang hanya boleh dilihat olehnya seorang. Sufiah yang tidak boleh bersabar dengan perkara itu telah membuang congkak tersebut ke dalam tasik. Pada malam keesokannya, Sufiah dikejutkan lagi dengan bunyi congkak tersebut dari bilik yang sama. Apabila Sufiah pergi melihat, dilihatnya seorang tua sedang bemain congkak tu…apa jadi lepas tu.. dan apa kesudahannya korang tgk ler sendiri..letih aku nak cerita…tp at the end of the story..mungkin ada ada yg berkata..laaaaaaaaaaaaah...hehe! nak tau nape..tgk lah yek..taknak layan wayang..layan cd pun cukup..




Cuma apa yg aku nak cakap…cerita nih..kosong…rs rugi jugak tgk kat wayang..coz aku sbnrnya membayangkan citer congkak nih..cerita yg betul2 seram….tp..rsnya..kureng seram berbanding jgn pandang belakang…dah le tu..pergerakan dan perkembangan cerita ni…mcm xde…bosan rasanya…sbbnya…baru start pagi….then tiba2…cakap hari dh maghrib…setiap hari mcm tu…perghh…sket2..masuk ler..hari nak maghrib…




Dah le cerita tak berkembang..byk plak tu..benda2 yg mcm tergantung…aku amik cth…masa awal cerita…dorang tanya jln dr sorang makcik yg sbnrnya hantu tu…(tak cerita plak..nape makcik tu jd hantu…knp jd hantu…?? Kenapa dia tunggu anak dia dtg?? Alahai!!) then…tak diceritakan pun..dr mana munculnya watak antu..yg dipegang mak mah tuh….mmg ler masa awal cerita…dorang ada mention..psl permainan congkak tu..ada penunggunya..tp..dlm cerita nih..tak dijelaskan dan diceritakan mcmana penunggu tu bole ada…mcmana congkak tu bole ada dlm umah yg diduduki family kazman…dan mcm2 lagi la….then…pak tua kat kg tu pun..bercerita psl umah tuh..tergantung mcm tu jek….adeh..tensen beb..!! then utk apelah pd awalnya…dibuat watak pak tua tu..seolah2 seorang lelaki misteri? Adakah sbb nk wujudkan elemen seram?? Dah le dgn bunyi2an yg tak sepatutnya ada..mengganggu kosentrasi penonton….yg aku dgr..penonton di panggung lebih byk ketawa..termasuklah aku..pdhal tgk cerita seram..tp bole gelak2..huhu..confius..confius..




Apapun keseluruhannya…aku bole bg 1.5 bintang jek..kalau dr 5 bintang….ntah le…aku kurang berpuashati dgn cerita ni..dan sedikit kecewa dgn jln ceritanya…..rsnya promosi yg diberikan..terlalu berlebih2 sgt..sehinggakan boleh dikatakan cerita ni ibarat indah khabar dari rupa…..tapi..sape2 rs nak layan citer nih..silekan le….

1 comments:

pwincess AJA said...

salam k.lieza.
huwm.aja g 2.5bintang.
sbb sound effect agak bagus.
tp jalan cite mmg hampeh skit la.
n tak bape sewam pom.
yeah,indah khabar dr rupa.
huhuhu.