Tuesday, April 15, 2008

Perempuan Vs Makeup



Satu hari..aku diajukan soalan oleh seorang kawan..tanyanya kepada aku “ rasa2 membazir tak kalau dia nak beli makeup yg berjenama mahal…??” so..aku pun jawab “membazir!”..dia tanya semula… “ kenapa pulak membazir?” Sedangkan aku selalu beli myk wangi yg harganya ratusan ringgit..itu tak membazir ke namanya..?? setelah byk berhujah dan mcm2 pendapat yang keluar…last2 aku ckp pd kwn aku tu… “ fikirlah sendiri..duit dia bkn duit aku pun” dan aku pesan kat dia… “ if dia beli jugak,tp tak gunakan..itu mmglah membazir namanya” tp aku tahu…tak guna dia mintak pendapat aku..dan tak guna jugak hujah or pendapat pjg lebar yg aku berikan pd dia..coz dia tetap akan beli jugak…so..malas nak gado pjg..aku igtkan sekali lagi pd dia..fikirlah sendri..lagipun itu duit dia..


Namun, aku masih tetap dgn pendirian aku…byk sbb kenapa aku masih teguh dgn pendirian aku…antaranya…..bagi aku sebenarnya…aku lbh suka jika seseorang perempuan itu kelihatan cantik bkn dgn bantuan alat mekap…kerana itu lebih asli…bak kata omputih “natural beauty”..tp maksudnya jgnlah sampai secalit makeup pun tak ada…but just mencukupi if dgn secalit gincu dan sedikit blusher dan jugak eyebrow liner….dan yg penting..tak perlu pun nak menggunakan jenama mahal…coz, bagi aku..semahal mana makeup yg digunakan..bknnya org akan tahu jenama apa yg dipakai…coz..kita ni semua kan org biasa..bknnya golongan artis…yg jadi perhatian ramai…ntah2 golongan artis pun..if takde show pun..hanya gunakan makeup murah je…ataupun langsung tak gunakan makeup (sape tahu kan)…


That`s why la..pd permulaan td aku katakan..rs membazir if duit tu dibelanjakan utk beli makeup yg mahal…Tapi benda ni berlainan dgn minyak wangi…sbbnya…minyak wangi murah…baunya takkan sama dgn minyak wangi yg mahal..(maksudnya…org bole kenal lah dgn satu-satu bau yang dipakai tu…)dan selalunya minyak wangi murah..baunya tak mampu bertahan lama..di atas sbb2 itulah..aku berpendapat tak salah utk beli myk wangi..even harganya ratusan ringgit compare dgn beli makeup..lagipun…for me..bau bdn lebih penting dr keadaan paras rupa….maksudnya if muka kita just biasa2 or takde makeup yg mahal2 pun..kalau bau bdn wangi..org still selesa dan bole dkt dgn kita..tp mcmana plak kalauorg tu bermekap tebal..mmg cantik tu dh cantiklah…tapi..bdn berbau..haaa…camne tuh?? Sape nak jwb?? For sure org akan jarakkan diri jugak kan..???


Okaylah, sbnrnya saya bknlah tak menyokong lgsg pompuan2 yg suka bermakeup ni..tak salah pun nak bermakeup…janji niat tu kena betul….dan tak semestinya kena beli jenama mahal je…sedangkan fungsinya sama je….sebagai cth….tak perlu lah nak beli…sebatang lipstick yg berharga sebatang anggarannya mencecah hingga RM80-RM90…itu tak termasuk lagi bedak muka dan cream-cream lain yang harganya mencecah RM100++ setiap satunya….bayangkan…berapa byk yg dibazirkan tu..tak termasuk blusher..eye shadow..eye liner…pelbagai jenis brushes…dsbnya….semuanya tu atas satu jenama yg terkenal…tak perlu lah sebut.apa jenamanya…tp mmg ramai pompuan yg mengidam jenama ni..but not for me..
Kesimpulannya..aku tahu..mmg perempuan dan makeup tak dpt nak dipisahkan..tp…bg aku..aku lebih selesa tanpa bedak or makeup yg tebal…memadai dgn apa yg aku nyatakan di awal td…tp aku tahu..di luar sana pun..still ada pompuan yg lgsg tak pakai makeup…bg aku sendiri pun…aku lebih mengharapkan kulit muka yg bersih dan licin…berbanding Nampak cantik tapi hakikatnya di bawah makeup tu…penuh dgn jerawat dan bekas jerawat….huhu..!! lagipun…sebenarnya makeup hanya akan merosakkan muka dan kulit kita sahaja…sbbnya..kalau tak percaya…cuba lihat golongan yg kerap bermakeup…muka dorang for sure lebam dan pucat dan nampak x bermaya kalau tak bermakeup….itu hakikatnya…so..kalau bole…elakkan lah bermakeup terlalu tebal atau terlalu kerap…


Setiap org ada kecantikan tersendiri sbnrnya….tanpa makeup mahal or tebal sbnrnya..setiap org mampu kelihatan cantik….Janganlah mudah terpedaya dgn iklan2 kosmetik jenama2 terkemuka dan mahal..semua tu agenda pihak2 utk meraih untung atas keghairahan pengguna( terutama pompuan) yg mudah terpengaruh…dan terlalu taksub utk cantik..!!


Mungkin ada yg akan marah or kurang bersetuju dgn apa yg aku perkatakan ni…tapi terpulanglah pd diri masing2…sebagai meminjam kata2 Nabil (Raja Lawak2)…aarrrr lu pikir aarrrr sendiri….

0 comments: