Friday, April 4, 2008

Klasik Yang Hebat


Nokia 6120 Classic

IA mempunyai rupa paras klasik dan tidak nampak 'mewah' seperti telefon bimbit Nokia siri N atau E. Sekali imbas, tidak ada apa yang benar-benar menangkap pandangan mata.
Tetapi, penulis mengklasifikasikan telefon bimbit Nokia 6120 Classic ini sebagai telefon yang hebat dan tidak mengecewakan.

Berbanding dengan telefon siri N yang menyasarkan kepada pengguna multimedia atau E yang menjurus kepada pengguna bisnes, Nokia 6120 Classic adalah telefon biasa untuk semua.

Tidak menggunakan material mewah, mahupun dilabel ikon fesyen, ia direka khusus untuk disukai kebanyakan orang. Anda mungkin tidak jatuh cinta pada rupanya, tetapi anda tidak mungkin mengatakan ia 'hodoh'.

Ia masih lagi telefon bimbit Nokia Symbian, sama seperti Nokia siri E dan N, bahkan dengan berat 89 gram sahaja, ia disifatkan sebagai telefon Symbian paling ringan dan secara praktikalnya juga telefon Symbian terkecil. Di situ, sudah menyerlahkan kelebihannya.

Rekaannya biasa sahaja dan selesa dalam genggaman. Berwarna kombinasi hitam dan perak, ia sedikit sebanyak kelihatan bergaya. Pad kekuncinya yang diperbuat daripada plastik selesa untuk ditekan ketika mendail atau menaip mesej.

Skrin LCD TFT dua incinya berwarna dengan piksel 240 x 320 sehingga 16 juta warna. Dengan kad slot microSD luaran memorinya boleh ditambah sehingga dua gigabait. Butang power Nokia 6120 Classic terletak di atas telefon. Ia turut boleh mengirim dan menerima emel beserta dengan lampiran (attachment).

Beroperasi dengan sistem Symbian S60, antara kelebihan terbesar Nokia 6120 Classic juga ialah ia menyokong HSDPA, atau biasanya dirujuk sebagai 3.5G. Ini menjadikannya mampu memuat turun dengan lebih cepat dan mengakses internet dengan lebih pantas. Sebuah lagu MP3 (kira-kira 5MB) boleh dimuat turun hanya 45 saat dengan Bluetooth. Bahkan, ia dikatakan mampu memuat turun 10 kali lebih cepat daripada 3G.

Telefon bimbit ini juga mempunyai pemain muzik dan perakam video. Penulis sukakan sistem bunyinya yang dilengkapi dengan gemaan. Pengguna boleh memilih pelbagai jenis gemaan seakan dalam bilik kecil, bilik sederhana kecil, dalam bilik air mahupun di dalam air. Aneh, tapi memang itu antara pilihannya.

Telefon bimbit ini juga dilengkapi kamera dua megapiksel. Walaupun pikselnya tidak begitu besar, namun ia memadai untuk merakamkan detik-detik penting dalam hidup anda. Ia juga menawarkan mode panorama untuk membolehkan anda mencipta gambar yang lebih kreatif.
Selain itu, telefon berharga sekitar RM1,000 ini turut mempunyai radio, kalendar, kalkulator, nota, penukar unit, perisian Adobe PDF, Quickoffice dan jam penggera.

Bercakap tentang jam penggera, penulis teringat sesuatu mengenainya. Penulis agak terkejut ketika mendapati jam penggeranya yang telah penulis setkan masih berbunyi walaupun telefon bimbit telah dimatikan. - ADHAM SHADAN
**saja promote hp sendiri sbnrnya...ahakss

1 comments:

Unknown said...

wakakka, jom pomot sama2